9:15 AM

SINOPSIS CINTA BALQIS

Posted by Aman


Skg nie setiap ari isnin hingga hari khamis dari jam 6.30 ptg - 7.30 ptg (TV3) aku dan mama akn layan citer nie...Ntah aku rasa aku suka citer nie,tak tahu naper...hurm....
Korang layan x???
Kalau aku tgh layan citer nie,x der saperlah yg blh call aku sbb panggilan atau sms tidak akn dilayan...
Wakakakakakaka

7


16

Sipnosis

Cinta Balqis pula melatari slot Akasia yang menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 petang mulai 2 November ini.

Siri 44 episod yang diterbitkan oleh Radius One Production Sdn. Bhd., itu diarahkan oleh Heykal Hanifah yang sebelum ini pernah menghasilkan siri Pertama Ramadan dan Cinta Untuk Ain.

Siri tersebut dibintangi oleh Eira Syazira (Balqis), Zamarul Hisham (Ezani / Emran), Fezrul Khan (Hasan), Memey Suhaiza (Marisa), Mak Engku (Mak Bilah), Hamidah Wahab (Habshah) dan Ainul Aishah (Siti).

Tidak ketinggalan, Aripah Damanhuri (Mak Wok), Hafizudin (Tuan Baharom) dan Megat Shahrizal sebagai Mukhriz.

Cinta Balqis mengetengahkan kisah percintaan tiga segi antara Balqis, Ezani dan Hasan. Dalam satu pertemuan yang tidak dirancang, Ezani dan Balqis saling jatuh cinta.

Sedangkan, sejak kecil lagi, Hasan yang merupakan teman sepermainan Balqis telah menaruh hati terhadapnya.

Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia. Setelah berkahwin, Ezani membawa Balqis ke rumah orang tuanya untuk meminta restu daripada mereka. Bagaimanapun, pergaduhan besar berlaku antara Tuan Baharom dan Ezani sehingga dihalau dari rumah tersebut.

Dalam perjalanan memulakan kehidupan baru, malang menimpa. Kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan nyawa Ezani manakala Balqis koma selama sebulan.

Setelah sedar dari koma, kesedihan akibat kehilangan suami bertambah apabila Balqis disahkan mengandung.

Kepayahan dalam membesarkan anak tunggalnya, amat dirasainya, apatah lagi ibunya Mak Wok telah diberhentikan kerja oleh Tuan Baharom gara-gara membiarkan perkahwinan anaknya dengan Ezani.


SAPE YANG BERMINAT NAK DOWNLAOD DRAMA INI ATAU TONTON ONLINE
SILA TINGGALKAN COMMENT
lagi banyak comment, lagi cepat aku buat. ( kalu ada permintaan ramai la)


EMAIL SEGERA DI amanyoutube@gmail.com


8 comments:

Anonymous said...

cite ni ok gak tapi tak sesuailah time dia,aku kala ni mmg tak dak kat umahlah...tapi kadang2 layan gal..aku nak dwlod cite ni hheeee

Anonymous said...

kekadang tertengok gak citer ni tp tak dpt nk flw everyday la. ade mis citer ni, ingatkn nk download la kalo ade link nye....

jeff said...

jeff cite ne hari2 aku tgk... leh tahan lah best.. aku klu leh nak tgk habis dulu sebelum aku nak ge over sea... leh x download cite ne

Unknown said...

please uploaddddd

inilemariNOA said...

citer memang besh..aku memang tak penah miss...tak sabar nak tgk lagi sambungan episod yang terbaru...

**SwEeT EsCApE** said...

Salam...saya nak tengok cerita ni dari mula....saya tengok da masuk episod 20 lebih.hehe...macam mana nak tengok eh?

Anonymous said...

alamak can you upload all of them? susah nak tgk from singapore plsss

azilaraffie said...

hai! arini last episod.. me copy sipnosisnye ltk lam blog ek..

Post a Comment